.:: dapat surat special ::.

huh … pagi2 lagi aku dah dapat surat special … 1st time dlm hidup ni dpt surat ni … SURAT SAMAN DBKL!! … waaaaa … patutla dr td tgh2 buat keje aku rasa cam nak alihkan je kete aku tu .. rupa2nye .. dh dpt pun surat special .. hampeh btul la .. ish .. mahal lak tu kene bayar … RM100 … melayang ar duit raya aku … erm … agak2 leh dpt diskaun tak??? :(

[update 8.10.08]

balik umah ptg tu .. abah bagi lagi satu surat spesel … dr HotFM .. cek RM100 .. yg aku menang kat HotFm Korner .. huh .. pagi td aku kehilangan RM100 .. ptg plak aku dpt RM100 .. alhamdulillah .. unik skali kejadianNya ..

No comment »

.:: cikgu yg mulia ::.

bila ada masa2 terluang .. aku suka membaca blog .. yg kdg2 memberi inspirasi .. semangat dan kdg2 menginsafkan .. dan waktu break kejap td .. aku baca blog BLUEHIKARI .. dan dr situ berlanjutan ke blog cikgu JIMI .. ada kisah psl anak muridnya, Hafiz yg buat aku terus menangis bila baca smpi habis .. sungguh murni usaha cikgu JImi .. kalaulah ada ramai cikgu2 mcm ni kat Malaysia … ermmm …

dan ada lagi kisah anak2 muridnya yg lain …

No comment »

.:: diet ikut jenis darah?? ::.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

>lagi artikel
aiseh .. dh la suka makan roti+ayam .. camno nih??

No comment »

.:: yang mana satu?? ::.

baru saje baca blog kwn WanNoor .. tertarik dgn satu artikel panjang yg ditempek… tak mahu ketinggalan utk membacanya .. jadi aku menempekkannye kat blog sndri .. betul .. mmg btul .. tersentuh bila membaca artikel ni .. impian dan harapan seorg yg bernama perempuan atau wanita ..

Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Read the rest of this entry »

No comment »

.:: baby boy Kak Mie ::.

akhirnya .. dpt jgak aku tgk baby kak mie (roomate aku yg paling lama kat kolej) .. ms 1st baby nk tgk .. tp asyik takde waktu sesuai .. aku tak tau jalan ke umah kak mie .. seb baik kali ni lps bersalin .. kak mie dok umah mak dia .. so aku tau jalan nak pi sana .. seminggu awal aku dah call kak mie .. smbil tgk anak dia .. smbil melawat kak mie skali la .. rinduunyerr .. lama btul tak jmpa .. teringt plak segala kenangan ms sebilik kat Sedundun+S35 ..

sehari seblm MERDEKA DAY, aku ajak mak aku teman (takmau dia tinggal sorang nnt kat umah) .. smpi2 .. tak jmpa umah .. sesat kejap .. lama dh takpi .. kali terakhir ms kak mie kawin .. hikhikhik :D .. smpi je .. la .. kak mie sorg2 kat umah .. tgh susu kan baby dia .. Mohamad Aniq Amsyar .. sebijik muka Pak Mat (husband kak mie ni dlu kitorg panggil Pak Mat .. hahah .. ) .. borak2 .. mak plak bukak citer ms aku kecik dlu .. adoi yai … malu la …

mak : “ija tak suka adik dia ada ms lahir.ada dia kata “mak..mak .. apa tu??? .. eee…ulat!!” ..

(ulat merujuk pd adik aku -shima ms dia baby lagi ..)

aku : “mana ada .. mak ni..ish”

kak mie : cik jah .. cik jah .. (smbil gelak tak ingt.. seb baik dlm pantang lagi ..)

dalam sejam jugak borak sementara nk tggu hujan reda … before balik .. mintak kak mie tnjuk jalan ke IKEA .. bwk mak jln2 ;)

>lagi gmbr - silalah ke fotopageku

No comment »

.:: Oreo yogurt ::.

hehe .. kira2 sebulan sblm puasa .. aku yg takde keje .. search cara2 nk buat sotong goreng tepung .. haha ..ms tu tetiba nk mkn .. skali terjmpa la web ni MyResipi.com apa lagi .. aku menjelajah la segala resipi dlm tu .. hikhik .. and dlm bnyk2 tu .. ada la aku cuba satu dua .. and Oreo Yogurt ni aku cuba ms 1st Ramadhan aritu .. senang nk buat .. bhn pun tak susah nk cari .. ;) .. ptg sblm tu aku carik bhn2 dia .. so inilah hasilnya …

nyum nyum

nyum nyum

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 200g yogurt tanpa perisa
  • 6 keping biskut oreo
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Read the rest of this entry »

No comment »

.:: WAJAH BARU Blog Friendster ::.

huh .. ms nk update blog utk citer latest aku .. tetiba plak nmpk ada function baru dlm blog frenster ni .. aku baru je cadang2 nk bukak blogspot .. :D .. dh tgk mcm ni .. mls la nk ada blog baru .. (aku ada bnyk blog dlu .. dr blogdrive .. blogspot - lupa pswd, smpi la ke friendster.blog .. :P )

apa lagi … keterujaan yg melampau la … update sana sini blog ni… :d :D :D .. btul2 takde keje aku ni … :P

No comment »

.:: Happy Birthday to Me!! ::.

aku nak smua!! ..camne aku leh tau smua nama2 kek ni??aku pernah keje kat sini dlu ..ahahhaha

aku nak smua!! ..ahahhaha



“epy bday to me .. epy bday to me .. epy bday to me ..epy bday to me”

hahaha .. nyanyi lagu bday utk diri sndri .. meningkat lagi usia aku setahun .. jadi 19thn .. hik3 .. AUTA!! .. 19+7 tahun .. brp?? LU KIRA LA SNDRIK .. hahaha .. yg bagusnye .. bday aku jatuh pada hari keEnam umat ISlam berpuasa .. menharapkan keberkatan yg sama dlm bulan penuh rahmat ..tiada apa yg aku hrpkan hanyalah doa restu abah&mak dan keredhaan drNya .. bersyukur masih lagi bernyawa … dgn kesihatan yg bbrp kali mengganggu .. dan tetiba bbrp hari sblm harijadi aku .. aku teringt psl KEMATIAN …taktau la kenapa ..tp .. itu aku citer nnt .. sbb ni kan citer psl bday .. mesti happy2 ;)

~~~~~~~~~~~~

ari jumaat tu … amik mak kat lrt .. tetiba aku mencelah mak berkata2

aku: “mak … beli kek jom” ..
mak: “buat apa??”
aku: “tak ingtla tu ..huh .. birthday angah la .. ” - direct je aku ckp ..hahaha ..
mak: “oooo .. lupa … eh .. arini brp haribulan??”
aku: “adoi yai .. mak nii … “

~~~~~~~~~~~~

Read the rest of this entry »

No comment »

[ Lelaki Sejati ]

jmpa kat blogdrive jugak …

aku dpt mende ni kat email…ade sorg ni slalu sgt forward email kat siswa
malaysia (yahoo group)…so aku copy and paste utk tatapan semua… [tq Mr. Shamay ]


Aku bertanya pada Bunda, bagaimana memilih lelaki sejati?
Bunda menjawab, Nak…

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya….

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ….

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

aku : ada ke lagi LELAKI SEJATI mcm ni sekarang?? :|

No comment »

.:: [ Cinta.Kasih.exe ] ::.

CINTA-KASIH.EXE
(jmpa kat blogdrive aku .. hikhikhik)

Customer Service (CS): Ya, ada yang perkara yang boleh saya bantu ?

Pelanggan (P): Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal
CINTA.KASIH.Bolehkah anda menolong saya menyelesaikan prosesnya?


CS : Ya, saya dapat membantu anda. Adakah anda sedia melakukannya?

P : Baik,tetapi saya tidak mengetahui caranya, tetapi saya bersedia
untuk menginstallnya sekarang.Apa yang harus saya lakukan dahulu?


CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana
HATI
anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif.Apakah saya boleh
menginstalnya sementara program-program lain masih aktif?


CS : Program apa yang sedang aktif?

P : Tunggu kejap saya tengok dulu, Program yang sedang aktif adalah
SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.


CS : Tak apa. CINTA.KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem
operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak
lama kerana akan diganti oleh program lain. CINTA.KASIH akan menggantikan
MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda
harus membuang BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA.KASIH tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda
membuangkannya?

P : Saya tidak tahu cara membuangkannya. Dapatkah anda menolong saya?

Read the rest of this entry »

No comment »