Archive for May, 2007

:: cikgu dimana?? ::

   semalam ….ntah kenapa aku teringin sgt nak tengok gambar2 lama …masa zaman sekolah..zaman kanak2 … seronok kan??…main tak kira masa…tak peduli apa org kata… aku boleh la dikatakan budak yg xbrp nakal sgt…. dari kecik smpi skrg … aku dok kat flat tu .. tak jumpa sungai…xjumpa sawah padi .. xreti nak panjat pokok …. yg aku tau … main tiang … panjat tangga … main kejar2 …. tiap2 petang ikut abah pi main sepak takraw ..(penonton je la ..) …

bNur_afizah_dzainuddin

belek punye belek ….terjumpa satu gmbr ni .. gmbr cikgu sains masa form 3 … cikgu ganti …nama dia NUR AFIZAH DZAINUDDIN … walaupun hanya 3 bulan mengajar …. smpi skrg aku tetap ingat kat dia … terlalu manis kenangan sewaktu dgnnya … dia lah cikgu paling sporting … beri aku semangat .. bagi aku nasihat …yg aku boleh berubah … aku bukan lah jahat sangat masa sekolah ..takde masalah displin pun ….tp aku ada masalah identiti …biasalah..sekolah perempuan …kdg2 tu bila dh terpengaruh… lain jadinyer …. cikgu ni lah yg bagi dorongan..nasihat … tak habis2 cuba nak ubah pemikiran aku ke arah yg baik … dan .. alhamdulillah… berkat usaha aku..berkat doa cikgu …n berkat nasihat dia …. ini lah AKU … banyak2 terima kasih kat dia … rindu sangat kat dia …tp aku tak tau dia kat mana …..kali terakhir …masa tu aku form 4 … dpt tau dia yg further study kat Ireland dah balik ke Malaysia … punye lah suka … aku tau rumah dia ..tp dia dah pindah …erm…sejak tu dah tak jumpa dia …..harap2 aku dapat jumpa dia semula ….aku nak ucapkan TERIMA KASIH yg tak terhingga …mungkin dgn ucapan itu tak cukup …. hanya Allah dpt membalasnya …. mmg aku harap sgt dpt jumpa dia…. Ya Allah..temukanlah aku..walau sekali ..dengan cik Nur AFIZAH DZAINUDDIN … AMIN …

No comment »

:: kenapa? ::

erm…lama btul aku tak update blog ni ….."bz ke??"…ahaks…busy mende nyer…time billing busy la …dh abis billing …free ar skit ….ada isi..bnyk xtvt .."dah tu..nape tak tulis blog ni??..lama dah tak terisi..takkan nak copy n paste je mende2 yg kau tak baca tu pun!!" … ntah lah … eh..aku baca la…kalau aku xbaca pun ..org lain akan baca …."kau rasa ade ke org nak baca blog kau ni??" ….ntah lah ….aku buat utk aku sendiri la…"ye ke??" …. errr…."kau ni kenapa?" …. kenapa apa? …. "kadang2 aku tgk kau ok …kdang2 xok …. kadang2 tu aku tgk mcm kau fikirkan sesuatu…kadang2 kau cepat marah … and kadang2 tu …kau menangis sorg2 ….kau ada masalah ke?" …. mana ada..memandai je kau ni la … "ada apa2 masalah..bagitau lah kat aku" …….aku takde apa2 masalah la…kenapa kau ni? ….dah la ..aku nak balik …bye! ——–

No comment »

:: Apa Nak Buat Bila Kemurungan ? ::

When you are feeling down, did you know that you can change that "down" feeling in an instant? Do you realize how easy it is? First, you..


Put On A Beautiful Piece Of Music, Or
Start Singing Out Aloud- That Will Change Your Emotion.

Or think of something beautiful. Think of a cute baby or somebody that you truly love, and dwell on it.

Really keep that tought in your mind. Block everything out, except that thought.

I guarantee you will start to feel good.

Ubelieveable? Believe it!

Make a list of things that can change your feelings in a snap. It might be a beautiful
memories, future events (like your wedding, especially) funy moments,
nature, a person you love or your favourite music.

If you find your self angry, frustrated or not feeling good, turn to your list and on one of them. Different things will shift you at different times, so if one  doesn’t work, go to the another.

It will only takes a minute or two of changing focus to shift yourself and shift your mind frequency. After that, you will be a happier person.

All that frustration will not make you productive and will ‘destroy’ you. Instead, happines and love, can do that. This is a fact.

>> petikan dari  http://shueqry.blogspot.com

No comment »

:: Kemurungan Mengganggu Emosi ::

Kemurungan Mengganggu Emosi

29 September 2005

Kemurungan
berlaku setiap hari. Pada waktu malam yang sunyi, perasaan semakin sayu
dan tertekan. Terasa bagaikan tidak ada apa lagi yang tinggal di dunia
ini. Hidup terasa kosong….  
Kemurungan
adalah sejenis penyakit yang mengganggu emosi individu. Ramai
profesional perubatan tidak menyedari hakikat itu. Jadi, tidak mustahil
individu yang mengalami kemurungan dianggap sekadar menunjukkan reaksi
sedih pada peristiwa pahit yang menimpa dirinya.

“Saya ditimpa musibah di tempat kerja. Jiwa saya tertekan dengan
kerenah orang atasan. Saya dijadikan mangsa percaturan politik. Ada-kah
ini adil? Malam bagaikan siang, siang bagaikan malam. Otak berkecamuk
memikirkan alternatif, apa yang harus dilakukan. Masakan isteri
dirasakan hambar. Anak-anak tempat saya melepaskan geram.”
“Kerja di pejabat tidak dapat dibereskan. Punch card saya tercatat
minit-minit terakhir sebelum pukul lapan. Hidup ini tidak bermakna
lagi. Sahabat setia mengunjungi saya selepas seminggu tidak hadir ke
pejabat tanpa sebarang berita. Mereka mengesyorkan saya supaya
mengunjungi pakar perubatan psikiatri….”

Ramai yang sedar kemurungan adalah masalah perubatan. Justeru, apabila
individu itu membunuh diri, barulah rakan taulan tersentak dengan
tindakan yang tidak disangka-sangka itu. Namun, nasi sudah menjadi
bubur.

Memang tidak dinafikan peristiwa buruk meninggalkan kesan. Hakikatnya,
luka akan sembuh tetapi parutnya tetap berkekalan. Peristiwa buruk
membawa padah kepada persepsi individu apabila merasakan dirinya tidak
dihargai, tidak disayangi dan tidak berguna. Lantaran itu, hidupnya
tidak lagi bernilai dan pada masa yang sama menjadi insan murung.

Terdapat banyak peristiwa buruk menimpa sehingga memudaratkan dan
menyebabkan kemurungan. Contohnya, kematian individu yang dikasihi,
perpisahan dengan individu yang dicintai dan kehilang-an sesuatu yang
berharga. Kehilangan pekerjaan, keruntuhan rumah tangga dan kegagalan
dalam peperiksaan adalah bentuk-bentuk kehilangan yang meninggalkan
kesan mendalam.

Kejadian ngeri seperti kemalangan, rompakan, rogol dan dera menjadi
traumatik kepada emosi mangsa sehingga menyebabkan kemurungan. Bencana
seperti kebakaran, ribut taufan, banjir dan tanah runtuh menyebabkan
kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda. Individu yang kehilangan
segala-galanya, risiko kemurungan sangat tinggi.

Kaki botol mudah menjadi murung. Ada dua kaitan antara kaki botol
dengan perasaan murung. Pertama, mereka menjadi peminum kerana ingin
menghilangkan perasaan murung dan gundah gulana. Akibatnya, mereka
ketagihan arak sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan, kehilangan
pendapatan, keruntuhan rumah tangga serta menghidap penyakit yang
berkaitan dengan ketagihan.

Mereka yang menghidap penyakit berbahaya dan sukar disembuhkan seperti
kanser, jangkitan HIV dan AIDS, penyakit autoimun dan penyakit tisu
konektif adalah golongan yang terdedah kepada risiko kemurungan.

Percayakah apabila saya katakan saudara mungkin menjadi pemurung
walaupun tidak mempunyai faktor-faktor seperti di atas? Mengikut
penyelidikan pakar-pakar sains perubatan, di dalam otak manusia
mengandungi sejenis bahan kimia yang menjadi perantara sel-sel saraf
otak. Perantara ini disebut neurotransmiter. Ia terdiri daripada
serotonin dan norepinephrine. Apabila kedua-duanya ber-kurangan antara
sel-sel saraf otak, si penghidap menjadi murung.

Namun, tidak diketahui dengan jelas bagaimana ia terjadi. Tetapi, satu
fakta yang tidak dapat disanggah adalah apabila ubat-ubatan
antikemurungan digunakan, Ia merencatkan neurotransmiter dari-pada
memasuki sel-sel. Neurotransmiter banyak diperoleh di antara
celah-celah saraf otak. Kesannya, individu itu tidak lagi menjadi
pemurung. Ini membuktikan ada kaitan langsung antara pengurangan
neurotransmiter dengan kemurungan dan pertambahannya yang disebabkan
pengambilan ubat-ubatan

No comment »

:: Perangsang Tekanan ::

Perangsang tekanan

TEKANAN sudah jadi satu perkara lumrah dalam hidup
kita. Malah ada yang menyifatkan tanpa tekanan hidup akan jadi bosan
kerana tiada cabaran. Sememangnya setiap perkara itu ada baik dan
buruknya, terpulang kepada kita untuk menilainya.


Bagi individu yang optimistik tekanan tidak
dianggap sebagai masalah sebaliknya cabaran atau peluang untuk
meningkatkan keupayaan dan mencapai kejayaan. Namun tidak semua orang
mampu melihat tekanan sebagai perkara positif. Ia lebih dianggap satu
masalah.

Bahkan ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya
berada dalam keadaan tertekan sehinggalah badan mula menunjukkan
simptom seperti selalu resah, sedih, cepat panik, tidak selesa, emosi
tidak stabil, sakit perut, pening kepala, sesak dada, alahan, sukar
tidur atau merokok lebih banyak.

Setiap orang ada cara
tersendiri mengatasi tekanan yang datang. Ada yang meluahkan masalah
kepada rakan, berbincang bersama keluarga, bersenam, membeli belah,
tidur lama, menonton, minum minuman keras, merokok mahupun mengalihkan
perhatian kepada makanan.

Jika anda termasuk dalam kumpulan
yang suka makan ketika berasa sedih atau tertekan, jangan risau kerana
anda sebenarnya bukan bersendirian kerana ia juga diamalkan berjuta
orang di seluruh dunia. Biasanya kita akan memilih makanan yang disukai
kerana ia secara psikologinya boleh mententeramkan fikiran dan
menyenangkan hati.

Dalam keadaan ini kita biasanya tidak lagi
memikirkan kaitan antara keperluan badan dengan makanan yang diambil.
Biasa juga kita kata ‘Tidak mengapa, sesekali saja’ untuk menyedapkan
hati jika makanan yang dipilih itu mengandungi banyak lemak atau
kolesterol dan sedar mengenainya.

Bagi orang yang memilih
kaedah ini bagi menghilangkan tekanan, jarang sekali menghadapi masalah
kekurangan zat kerana mereka ada kecenderungan untuk makan pelbagai
jenis makanan dalam kuantiti banyak tanpa rasa bersalah.

Jika
pengambilan makanan itu terkawal ia tidak akan mendatangkan masalah.
Bagaimanapun ada dua perkara yang perlu ditimbangkan iaitu jenis
makanan pilihan dan penghadaman. Biasanya bila tertekan kita jarang
memikirkan sangat ‘kualiti’ makanan selagi ia dapat memberikan
‘kelegaan’.

Makanan yang dianggap boleh memberikan kelegaan
sementara biasanya manis dan berperisa. Ada juga yang memilih makanan
berlemak untuk menenangkan hati. Namun ramai yang tidak sedar ketika
berada dalam keadaan tertekan, proses penghadaman menjadi lebih
perlahan.

Malah dalam keadaan ini juga, penghasilan enzim
penghadaman berkurang dan bekalan darah ke usus juga menurun. Secara
semula jadi lebih banyak darah akan disalurkan ke otak dan otot sebagai
tindak balas untuk mengurangkan tekanan. Inilah sebabnya proses
penghadaman berlaku lebih perlahan dan nutrien dari makanan tidak dapat
diserap sepenuhnya.

Badan pula akan mengambil protein dan lemak
daripada tisu atau organ. Jika tekanan tidak cepat diatasi, proses ini
lama kelamaan boleh menyebabkan kerosakan tisu dan pelbagai masalah
kesihatan mudah timbul seperti selesema, pneumonia atau asma.

Justeru, pemakanan seimbang mesti diutamakan walaupun kita dalam
keadaan tertekan. Tidak salah mengambil ‘makanan penenang’ tetapi
mestilah secara sederhana kerana ada sesetengah makanan dan minuman
boleh menjadi perangsang kepada tekanan walaupun ia dianggap dapat
memberi kelegaan sementara.

  Antaranya ialah:

  • Kafein
    — Dalam kopi, teh, coklat, kola dan sebagainya. Ia menyebabkan badan
    menghasilkan adrenalin dan meningkatkan tahap tekanan. Jika diambil
    secara sederhana, kopi boleh meningkatkan kepekaan, aktiviti otot,
    sistem saraf dan jantung. Tetapi terlalu banyak kafein boleh
    mendatangkan masalah lain.
  • Alkohol — Seperti kafein,
    jika diambil secara sederhana tidak mendatangkan masalah. Bagaimanapun
    kajian menunjukkan pengambilan alkohol boleh menjadi punca utama
    tekanan. Jika anda tertekan elakkan sama sekali daripada minum minuman
    keras kerana ia biasanya akan memburukkan keadaan.
  • Gula
    — Bahan ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang nutrien tetapi ia
    memberikan tenaga. Terlalu banyak gula akan merangsang kelenjar adrenal
    bekerja lebih kuat supaya gula dapat dicerna. Namun berhati-hati kerana
    ia juga meningkatkan risiko kencing manis.
  • Garam — Ada
    orang memilih makanan yang banyak garam untuk meredakan tekanan. Awas
    kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah, mengganggu fungsi kelenjar
    adrenal dan menyebabkan emosi menjadi tidak stabil. Sebaiknya elakkan
    snek yang banyak garam.
  • Lemak — Godaan makanan
    berlemak biasanya lebih enak sukar ditolak. Boleh diambil tetapi
    perlulah dalam kuantiti sedikit kerana ia boleh mempercepatkan masalah
    berat badan dan akhirnya menimbulkan tekanan lain pula khususnya kepada
    sistem kardiovaskular.
  • Rokok — Ramai orang terutama
    lelaki menjadikan rokok sebagai pelepas tekanan. Ia mungkin benar bagi
    tempoh pendek tetapi dalam jangka masa panjang rokok sebenarnya lebih
    banyak membawa keburukan. Lebih buruk, tabiat ini sukar dihentikan.

    Sebaliknya pilihlah makanan yang:

  • Kaya
    karbohidrat. Karbohidrat akan merangsang penghasilan kimia serotonin
    yang berfungsi menenangkan fikiran. Sumber karbohidrat yang baik ialah
    nasi, roti, mi, pasta dan kentang. Ada kajian menunjukkan secawan
    kentang boleh menghilangkan keresahan akibat tekanan.
  • Makanan
    kaya serat. Orang yang tertekan kerap mengalami masalah sembelit.
    Justeru serat mampu mengatasi masalah ini. Makan empat hingga lima
    hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makan
    banyak sayur. Otak kita sebenarnya amat sensitif dengan makanan yang
    masuk ke dalam perut. Sayur-sayuran boleh meningkatkan penghasilan
    serotonin dan penyerapan asid amino.
  • Jika anda mahukan kafein, minumlah teh. Kandungan kafeinnya kurang daripada kopi dan coklat.
  • No comment »