.:: berbakti pada ibu bapa sementara mrk ada ::.
Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Hal Ehwal Islam ½ jam nak abis… kali ni mereka ceritakan pasal pengorbanan ibu bapa, hak ibu bapa dan kewajipan anak2 menjaga ibu bapa…kupasan penceramah sgt cantik dan molek…sgt2 menyentuh hati…rata2 penonton kat situ mengalirkan airmata (terutamanya perempuan..tak tau lah kenapa…perempuan lebih sensitive kot..) bila kamera focus kat diorg…smpikan aku pun hampir2 menitiskan airmata….sgt2 menyentuh hati…penceramah tu ceritakan kisah2 teladan masa zaman nabi dulu…Ya Allah…betapa tingginyer kedudukan ibubapa…sampaikan dikatakan doa kita tidak akan mustajab kalau tidak sertakan sekali doa utk ibubapa…diceritakan jugak mengenai Rasulullah s.a.w yg kehilangan kedua ibubapa sejak kecil lagi…sedih sgt…hmm…kalau lah dapat diulang siaran semalam….mende2 mcm ni perlu didedahkan kat kita dan anak2 muda zaman sekarang yg mengambil remeh pasal mende nih…
a
a
betapa banyak dan berkatnyer bila kita jaga ibubapa kita…berbakti kepada ibubapa…sehinggakan ada seorang pemuda pada zaman Rasulullah ni…berkali2 mintak izin dengan maknya..mahu belajar agama di Madinah…mak dia melarang kerana siapa nak menjaga mak nye…siapa nak beli barang ke kedai..sampaikan bbrp kali dia nekad bawak mak dia skali..berjalan ke Madinah…mendukung mak nyer dipertengahan jalan…xsempat berjumpa dgn Rasulullah..mak dia meninggal dunia…didukungnye maknye utk berjumpa Rasulullah….dah sampai Madinah…sahabat2 Rasulullah menyatakan Rasulullah baru sahaja meninggal dunia!!..betapa pedih dan pilunya hati pemuda itu…dia merintih dan berdoa pada Allah….sahabat Rasulullah bertanya nama pemuda tu…”Kamu kah …..(tak ingat namanya)” …Rasulullah pernah menyakan nama kamu sebelum baginda meninggal dunia…walaupun nama kamu tidak terkenal di dunia…nama kamu terkenal dan harum di syurga teratas” ….Ya Allah….begitu besarnya nikmat dan rahmat yg Allah beri jika berbakti kepada ibu bapa…pemuda itu sanggup melayan karenah ibunya…hanya untuk ibunya….peristiwa ni menjadi iktibar yg sgt besar dlm diri aku…penceramah tu skali lagi mengajak kita berbakti kepada ibu bapa..kata nya.. apa amal yg kita nak bawak nnt??..brp bnyk amalan solat kita?..berapa bnyk zakat dan sedekah kita?..kdg2 kita malas nak solat, nak zakat, nak sedekah…tak mampu nak pergi haji…nah ini lah caranya…berbaktilah kepada ibu bapa kita….
a a
Itu sedikit ulasan ttg apa yg aku dgr..hanya ½ jam..rasa rugi pulak tak dgr dari awal….dan bila baca Metro smlm..ttg seorg wanita tua yg menghempap suaminya..meninggal dunia sebatang kara smlm…sudahlah masa kat hospital dia menangis sbb takde org atau sedara mara yg melawat…hinggakan dia tak tahu sbnrnya suaminye dah meninggal dunia….sedih sgt…masa kejadian..dua org warga emas ni nak tggu org amik diorg ke rumah Sri Kenangan kat perak kalau tak silap…sedih2…nasib org tua yg ditinggalkan…mana pergi anak2 dia??…..kita doakan semoga roh kedua2 warga emas ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman…Al-Fatihah…
a a
a a p/s : sayang mak..sayang abah..semoga aku akan dapat menjaga diorg smpi akhir hayatku dgn sebaiknya..AMIN…