.:: Thanks to all My Good Friends ::.
first of all…thanks to all my good friends for ur advices….really appriciate…korang smua mmg best…even takde disisi..tetapi tetap dihati…aku janji akan tabahkan hati….semua nasihat yg korang bagi akan aku jadikan semangat utk teruskan hidup…thanks a lot….
Dalam dunia ini kita tidak punya
sesiapa,Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita
beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan
dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk
menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia
terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa…
Tetapi…….
kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang
sahabat yang sentiasa
memahami Yang selalu berada disisi
pada waktu kita memerlukannya
>> kata2 yg aku amik dari seseorg yg bg testimonial kat aku…ntah apa nama nyer…nk tau korg check la kat testi aku
.:: Kawan Baik ::.
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang
baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di
belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan
kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling
banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi
kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang
akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan
perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan
baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan
baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah
cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai
kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa
yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan
baiknya di dunia dan di akhirat di dalam
doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham
bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan
yang baik jika kita menjadi kawan yang baik
kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa
menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
memberitahu perkara yang baik kepada kawan
baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan baiknya.
Kawan yang baik akan mem’post’ kan buletin
ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana
terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi
untuk dijadikan pedoman oleh kawan-
kawannya supaya dapat menjadi kawan yang
baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang
baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang
kawan yang baik…kepada kawan baik kita.
kita kawan kan…???
>> cilok dari kak susi..