:: Mengenali-Mu, ya Allah ::

Mengenali-Mu, ya Allah
————————–

b
rasanya makin merindu
yakin - itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku

b
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al-Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan awan
ada yang menjadikan;

b
begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat dan
seluruh makhluk ini
ada yang menjadikan
ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang
.

b
berulang-ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
nama-Mu sentiasa
di bibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengigati-Mu
adalah tandaku
dalam ikatan-Mu.

b
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagat-Mu
bergerak, berkerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan
insan dan umat-Mu
menjadi sebutan
degup hatiku;

b
dan apa
dan bagaimana
dan di mana
aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayah-Mu, ya Allah
maka aku sentiasa mengingati-Mu.

b
maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba-tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku:
maka aku menjadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu, satu.

b
maka tahu aku, ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan hafas:
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan

:: sebuah sajak karangan Mahsuri SN

bb
setelah sekian lama aku dgr sajak ni kat IKIM.fm ..baru lah dpt mencari sumber teks nyer … ada bbrp sajak dlm IKIM.fm yg aku minat jugak ..tp tak kesempatan nk cari ..

Say your words

You must be logged in to post a comment.