.:: JanGan BerSEDIH lagi ::.
JGN
BERSEDIH, BACALAH KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA
Petikan dari sebuah buku yang tk usah diperkenalkan lagi. Karya masyhur Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni - LA TAHDZAN
b
1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran
anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau
serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda
Rasulullah S.A.W “Bila engkau berada pd pagi hari, jgnlah menunggu datangnya
ptg hari.Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu datangnya waktu pagi”
2.Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi.Tumpukan diri anda
pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg tlh selesai,
merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
3.Jgn menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib.
Jgn fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya
4.Jgn mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam
menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda
setara dengan kritikan tersebut.
5.Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan
bahagia
6.Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka
berzikirlah kepada Allah
7.Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan
ketentuan qadha dan qadar
8.Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang
9.Persiapkan diri anda utk menerima kemungkinan buruk
10.Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda
11.Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang Muslim adalah baik baginya
12.Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah
13.Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yg
dimiliki orang lain
14.Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
15.Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa
16.Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
17.Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan
18.Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh
19.Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha luas keampunan-Nya
20.Jangan marah, jangan marah, jangan marah!
21.Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia sebab kehidupan ini
tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan
22.“Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang
dijanjikan kepadamu” (Ad-Dzariyat:22)
23.Kebanyakan dari apa yg anda takutkan tidak akan berlaku
24.Pada orang2 yg tertimpa musibah itu ada suri teladan
25.Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan
cubaan atas mereka
26.Ulangilah doa-doa utk menghapuskan bencana
27.Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah
kekosongan atau pengangguran
28.Tinggalkanlah semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin
29.Kedengkian dan keinginan anda yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan
membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa
pihak lawan
30.Setiap musibah yg menimpa diri anda adalah penghapus dosa
Moga ada manfaatnya. Iya, jangan bersedih lagi ya!! =)
Allahu’alam
Wassalam
>>diambil dari http://www.tazkirahonline.blogspot.com/